Wednesday, May 27, 2015

Upgrading.

Alhamdulillah. Setelah 2 minggu bertungkus lumus mengemas dan mengecat, akhirnya homestay ini sudah bersedia menerima tetamu. Nak upah pekerja indon.. alahai mahalnye sekarang..maka dengan kudrat yg Allah bagi kami suami isteri berjaya men-'diy' kan homestay ini mengikit citarasa kami.

Ruang tamu 

Ruang tamu. Mini compo & radio masih berfungsi dengan baik


Exterior

Permandangan dari homestay

Pemandangan dari homestay. Jikalau cuaca baik, serasa berada di frasers hill. Kawasan ni merupakan kawasan riadah bagi penduduk setempat.. dengan aktiviti jogging dan berbasikal. Terdapat juga group2 yg buat senamrobik dan tai ci.
Dapur dan dining. Terdapat dapur gas, kettle, periuk nasi dan toaster untuk kemudahan tetamu.

King bed dan aircond di bilik tidur utama. Pemandangan dr bilik tidur utama sangat menenangkan.

Bilik tidur ke 3. Kipas siling dan katil single.
TV area dilengkapi dengan astro njoi (25 channel). Dvd player dan juga beberapa dvd filem turut disediakan percuma.  
Bilik tidur utama menpunyai ensuite bathroom yg ada water heater.

No comments:

Post a Comment